Mengkomersilkan produk inovasi
atau untuk menjadikan produk inovasi supaya boleh dijual atau dari produk
inovasi untuk mewujudkan usahawan bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Semua
orang terutama usahawan akan memuji produk inovasi yang dilaporkan dalam akhbar
atau semasa melihat pameran. Malangnya apabila ingin mengeluarkan wang dari
poket untuk memiliki produk atau membantu untuk membolehkan produk dijual
kepada orang ramai atau untuk membolehkan produk menjadi satu dari sumber
ekonomi penduduk amatlah sukar. Inilah yang menjadi rungutan pihak pencipta
atau inovator. Semangat pencipta amat berkembang subur untuk mencipta produk,
malangnya tidak ada sambutan dari pihak sebelah lagi sangat pelahan atau kerap
kali tidak mendapat sambutan langsung. Kajian menunjukan hanya 5% sahaja produk
inovasi negara yang dikomersilkan. Banyak produk inovasi dikomersilkan oleh
pihak pencipta atau institusi pencipta sendiri. Ada institusi yang mencipta
produk. Mereka akan mengkomersilkan sendiri dan membelinya semula melalui
jabatan yang lain. Kalau dilihat ini tidak logik tetapi ini sebahagian strategi
pemasaran. Adalah diharapkan apabila produk sudah ada dipasaran, pihak industri
akan datang. Ini pun tidak berlaku.
Apa yang lebih menyedihkan,
banyak industri yang memperlekehkan produk inovasi tanpa ada semangat ingin
membantu. Ini kerap berlaku kepada ketua-ketua jabatan dan juga orang ramai.
Semua orang perlu mengetahui, sudah tentu produk ciptaan baru ada kelemahan
disana dan sini. Tidak ada produk ciptaan baru yang 'perfect' dan dapat terus
digunakan. Sudah tentu produk inovasi perlukan maklumbalas dari mereka yang
melihat atau dari bakal pengguna. Malangnya setiap kali yang diterima bukanlah
maklumbalas untuk memperbaiki produk. Apa yang diterima adalah maklumbalas
untuk memperlekehkan produk dengan tujuan produk tersebut jangan diterima atau
tidak digunakan. Maklumbalas tidak ada unsur membina dan memberi motivasi.
Bukan itu sahaja, mereka kerap kali memandang rendah produk inovasi tempatan.
Kerap kali apabila sesi
demonstrasi produk diadakan. Banyak
usahawan akan dijemput. Ini kerana kerap kali pihak usahawan merungut mereka
tidak dijemput dalam sesi memperkenalkan produk dan banyak juga yang merungut
kerana mereka tidak diberitahu berkenaan produk penyelidikan. Apabila dijemput
untuk sesi demonstrasi produk, pihak industri yang paling liat untuk datang.
Kalau datang pun mereka yang tidak boleh membuat keputusan atau yang pandai
memuji tetapi tidak berniat untuk mengkomersilkan produk. Ini adalah cabaran
yang pertama kalau menjemput pihak industri. Kecuali kalau yang merasmikan
majlis terdiri dari orang kenamaan. Itu sebabnya kerapkali majlis perasmian
sangat besar dari sesi sebenarnya. Kerap kali apabila sessi soal jawap selepas
sesi demonstrasi akan kedengaran permintaan yang bukan-bukan dari pihak industri.
Mereka akan meminta ini dan itu diadakan. Kerap kali akan bertanya mengapa ini
dan itu tidak ada pada produk baru. Banyak juiga yang mengatakan ini perlu
untuk masa hadapan dan perlu diadakan. Inilah yang kerap terjadi. Mereka
seolah-olah tidak puas hati dan mencari apa yang tiada dan tidak mahu memuji
atau menerima apa yang telah diadakan. Banyak juga pihak industri yang sahaja
ingin menunjuk paNdai seoalah-olAh pencapaian mereka dari segi teknologi sangat
tinggi. Ini hanyalah melalui pembacaan sahaja.
Kerap kali pihak pencipta atau
inovator merungut. Pihak industri perlu memahami, kerja penyelidikan dan juga
mencipta produk inovasi memerlukan kewangan. Pencipta terpaksa bekerja dalam
ruangan yang mempunyai kekakangan kewangan. Setiap kerja penyelidikan bukan
diberi wang sangat banyak dan bebas berbelanja. Sudah tentu hasil penyelidikan
juga dalam ruang lingkup kemampuan kewangan. Apa yang dihasilkan sudah tentu
kekurangan beberapa perkara. Kebanyakan yang ingin dihasilkan telah dirancang.
Penyelidik atau inovator berharap ini dapat dilakukan pada masa hadapan untuk
fasa yang berikut. Paling tidak apa yang dihasilkan dapat dikeluarkan secara
'mass-production' dapat dijual dan digunakan oleh masyarakat. Setelah produk
berada dipasaran dan masyarakat dapat menerima produk, barulah kerja
penambahbaikan atau ciri-ciri tambahan diadakan. Barulah usaha penghasilan
produk dapat diteruskan setelah penerimaan dapat dibuktikan. Barulah produk
inovasi lengkap.
Penghasilan produk inovasi
tidaklah harus selengkapnya. Kerap kali penambahbaikan produk atau kemampuan
produk akan diberikan. Ini memerlukan kerja penyelidikan yang berteruskan. Ini
dapat dilihat kepada produk pemanas air atau cerek elektrik. Kalau dahulu, alat
pemanas air atau 'heater' sangat popular. Apa yang perlu dilakukan letaka alat
pemanas didalam bekas air dan teruskan bekalkan tenaga elektrik. Air akan
mendidih dalam tempoh yang cepat dan alat ini sangat murah dan banyak dimiliki
oleh mereka yang mendiami asrama. Produk ini sangat bahaya jika pengguna
terlupa untuk menutupnya apabila air mendidih. Alat ini dikatakan tidak selamat
kerana kerap kali berlaku kebakaran. Ini menjadikan alat pemanas air ini tidak
popular. Kajian dijalankan dan alat ini diletakan ke dalam bekas dan dijadikan
cerek el;ektrik. Ciptaan baru ialah alat ini akan tertutup dengan sendirinya
jika air sudah mendidih. Ini sangat memudahkan pengguna. Pengguna sangat
selesa, isikan sahaja air dan biarkan cerek akan tertutup sendiri jika air
mendidih. Memandangkan cerek yang direka sangat cantik, kerap kali apabila air
telah mendidih, pengguna akan menutup cerek dan membawa cerek kesesuatu tempat
bergantung kepada penggunaan air. Ini juga dilihat tidak cantik kerana cerek
akan dibawa kesesuatu tempat dengan wayar sekali. Penyelidik tidak duduk diam.
Mereka mencipta cerek elektrik tanpa wayar (wireless kettle) pula. Mudah
sekali, cerek akan diletakan diatas satu tapak. Apabila air mendidih, angkat
sahaja dengan tapak ditinggalkan. Produk ini telah terjual diserata dunia.
Bukan itu sahaja produk ini telah menjadi produk mampu milik yang digunakan
oleh mereka yang berpendapatan rendah. Ini adalah perancangan jangka panjang
yang perlu difikirkan oleh mereka yang ingin mengkomersilkan produk.
Adalah tidak dinafikan setiap
pengkomersilan produk inovasi memerlukan perancangan yang rapi dan harus dibuat
dengan berhati-hati. Ini tidak dinafikan tetapi perlu juga pertimbangan yang
profesional. Bukan semua produk inovasi atau kreativiti dihasilkan sudah
lengkap. Memanglah satu benda baru yang diperkenalkan, penerimaan mungkin agak
kurang pada awal memperkenalkan produk tetapi untuk jangka panjang juga perlu
dipertimbangkan. Kadang-kadang pemikiran yang gila-gila sangat diperlukan oleh
pihak industri. Perlu juga difikirkan perancangan negara untuk menjadikan
negara ini negara pengeluar teknologi. Iaitu negara yang dapat memasarkan
produk yang tidak terdapat ditempat lain. Semua orang bersetuju yang negara ini
tidak selama-lamanya menjadi negara pengguna teknologi sahaja. Paling tidak
kerajaan telah membuat sesuatu dengan beberapa pengecualian cukai dan juga
telah membeberapa insentif dan juga geran. Ini menunjukan kerajaan amat komited
tetapi tidak disambut dengan baik oleh pihak tertentu. Mungkin juga kemampuan
negara dari segi teknikal tidak mencukupi atau pun tidak mampu untuk memikirkan
untuk mengkomersilkan produk inovasi. Kerap kali dikatakan negara kita
mempunyai tenaga pakai yang hebat. Adalah sesuatu yang janggal jika mereka
tidak mampu memberi bantuan teknikal pengkomersilan produk
Sekarang ini banyak industri yang
berminat menjadi pengedar produk import sahaja. Kerja mereka mempromosi produk
import terutama produk dari negara China yang dikatakan murah. Kepada mereka
produk ini sudah diterima dan telah menjalani proses penilaian yang lengkap.
Apa yang bertambah menarik mereka tidak melabor dengan banyak. Kerja sangat
mudah, beli sahaja barang. Sangat baik kalau menjadi pengedar tunggal. Selepas
itu lantik sahaja pengedar diseluruh negara. Kalau perlu buat sedikit promosi.
Jika produk yang bersesuaian dan banyak yang berkenan, sudah tentu dapat
menarik ramai pelanggan. Perniagaan cara ini sangat popular dinegara kita.
Keraguan pihak industri untuk
mengkomersilkan produk ada juga kebenaranya. Menurut mereka produk buatan
sendiri kerap tidak mendapat sambutan dan mahal. Pelanggan kerap berpendapat,
kalau barangan buatan dalam negara sepatutnya murah. Kerap kali barangan buatan
Malaysia mahal berbanding dengan barangan import. Untuk itu lebih baik import
sahaja dari membuat barangan buatan Malaysia. Adalah tidak dinafikan produk
buatan sendiri mahal sedikit. Contoh yang paling mudah ialah buah durian. Kalau
kita ingin makan buah durian, berhenti sahaja ditepi jalan atau pun pergi
sahaja ke pasaraya. Sudah tentu mudah didapati dan murah. Sekarang ini buah durian
sudah siap dibuang kulit berduri kalau dibeli di supermarket. Pelanggan boleh
memilih buah yang bagaimana yang mereka mahu. Harganya juga berpatutan. Kalau
kita berkeinginan makan buah durian sendiri, sudah tentu mengambil masa yang
lama untuk menanam dan juga menjaga pokok durian dari kecil sehingga besar.
Untuk makan buah durian sendiri terpaksa menunggu 6 tahun dengan perbelanjaan
yang agak besar juga. Itulah apa yang berlaku dengan produk buatan sendiri, Apa
yang perlu difikirkan adalah produk buatan sendiri dibuat di dalam negara.
Kaedah pembuatan memerlukan mesin dan pekerja. Ini bermakna dengan menghasilkan
produk buatan sendiri. Kita dapat menyediakan pekerjaan kepada rakyat. Ini
dapat meningkatkan ekonomi negara dan paling tidak negara dapat menyediakan
tenaga kerja kepada rakyatnya.
Pada masa dahulu, kerap menjadi
rungutan yang kereta nasional kita agak mahal berbanding dengan kereta import.
Rakyat sangat meragukan tentang perkara ini. Bagaimana produk sendiri lebih
mahal dari yang import. Lama kelamaan, rakyat memahami yang membuat kereta
memerlukan pelaboran yang besar dengan tenaga kereja profesional yang mempunyai
kemahiran yang tinggi. Ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan kerana kita tidak
boleh hanya membeli kereta sahaja. Kita patut manjadi pengeluar kereta dengan
harapan pada satu masa nanti, apabila kereta buatan negara dikenali.
Pengeluaran kereta juga sudah banyak. Ini akan menjadikan harga kereta murah.
Ini sangat diharapkan dan tanda-tanda kearah itu sudah mula dilihati. Sekarang
ini amat membanggakan pengeluaran kereta telah menggunakan tenaga profesional
negara. Walaupun pembuatan kereta pada satu ketika memerlukan kerjasama dari
negara yang besar seperti Jepun. Sekarang ini hampir 90% komponen kereta
kebangsaan adalah dihasilkan didalam negara. Banyak lagi pengeluar komponen
kereta masih lagi belajar bagaimana untuk menghasilkan komponen kereta didalam
negara. Nampaknya negara kita sudah mula berjaya sebagai salah sebuah negara
pengeluar kereta didunia walaupun pada awalnya banyak cabaran yang perlu
dihadapi.
Malaysia can do it
ReplyDeleteBelieve in our product is the first step that our country can make progress. Same goes with other countries. Imagine if we don't believe our own borned doctors then we get outsiders in.. This does not make sense.
ReplyDelete