nuffnang ads

Monday, 24 December 2012

“TERSENYUMLAH”



Semasa meminta sesuatu pekerjaan atau pergi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan kita akan dapat lihat senyuman sentiasa berada dibibir. Walaupun kadang-kadang wajah tidaklah berapa menarik tetapi kalau tersenyum  nampak cantik juga. Begitulah wajah kalau tersenyum, senyum adalah sedekah. Kalau  jururawat sentiasa tersenyum, mungkin ramai yang akan cepat sembuh dan pesakit tidak lama duduk di ward. Mungkin satu dua hari sahaja berada di ward sudah boleh keluar kerana penyakit telah sembuh. Itu lah ‘power’nya senyuman. Dikatakanjuga tersenyum adalah ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.Tetapi mengapa kita tidak suka tersenyum.

Selalunya apabila sesaorang ingin berurusan dengan sesuatu jabatan, kerapkali terpaksa berurusan dengan penyambut tetamu terlebih dahulu. Kerapkali mereka ini akan tersenyum dan kerap akan mengarahkan tempat yang perlu dituju untuk berurusan atau menunjukan bilek pegawai yang ingin ditemui. Selalunya tiada masaalah berurusan dengan mereka. Ini kerana mereka telah dilatih untuk berbuat demikian. Sangat senang hati setiap pelawat atau pelanggan pada peringkat ini. Walaupun ada juga penyambut tetamu atau pekerja berada dibarisan hadapan tidak memberikan senyuman tetapi ini jarang berlakau. Tahniah kepada penyambut tetamu, senyuman ini sangat diperlukan untuk menunjukan mereka akan dilayan dengan baik.

Kerap kali jika berurusan dengan jabatan yang tidak mempunyai penyambut tetamu, tidak mendapat senyuman. Walaupun perkhidmatan di pagi hari, banyak warga kerja yang tidak memberikan senyuman. Amat menghairan, susahkah untuk tersenyum apabila melayan pelanggan di pagi hari atau sepanjang tempuh bertugas?. Kadang-kadang dalam bahasa kasar asyek moncong sahaja. Kalau pun ada masaalah dirumah, perlu di tinggalkan dirumah. Menurut YB Datuk Wira Omar bin Kaseh dalam satu mesyuarat pagi untuk Jabatan Ketua Menteri, “tidak perlu bayar untuk menawarkan senyuman”, Beliau amat hairan kenapa banyak kakitangan tidak memberikan senyuman ketika bertugas.

Keadaan ini amat berlainan untuk perkhidmatan di hotel. Perkhidmatan di kaunter atau dimana sahaja kerap akan diiringi dengan senyuman. Mereka yang berkerja dibahagian tempat letak kereta juga kerap melemparkan senyuman. Tidak tahulah bagaimana pihak pengurusan hotel mengajar mereka tersenyum, tetapi mereka ini memang sentiasa tersenyum. Kehebatan senyuman ini telah melihatkan Negeri Melaka telah menerima 12 juta orang pelancong pada tahun  2010. Kita tidak boleh menafikan ini mungkin disebabkan pelancong berpuas hati dengan senyuman oleh pekerja hotel. Begitu juga jika berurusan dengan syarikat swasta, senyuman amat mudah diberikan. Mungkin kerana kalau bekerja disektor swasta atau di hotel mudah dibuang kerja jika tidak dapat memberikan senyuman. Oleh itu mereka tiada pilihan selain dari tersenyum. Mungkin ini adalah senyuman mencari makan tetapi senyum tetap senyum juga.

Sangat menghairankan mengapa pekerja sektor swasta amat murah dengan senyuman tetapi tidak kepada mereka yang bekerja di sektor awam. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan penyataan ini. Tidak mengapa jika tidak bersetuju tetapi jangan pula menegakan benang basah. Kita tanya sendiri setiap pelanggan yang berurusan dengan sesuatu jabatan, apakah mereka berpuas hati dengan senyuman yang telah diberikan oleh kakitangan dijabatan kita sendiri. Satu ketika dahulu pernah ditulis didalam halaman ini berkenaan berkenaan senyuman di Hospital Melaka. Adalah tidak dinafikan Hospital Melaka mempunyai kemudahan yang sangat canggih. Kalau kita duduk di ruang menunggu di bahagian pesakit luar. Semua maklumat dinyatakan dengan baik.Tidak rasa bosan berada diruang menunggu untuk dipanggil berjumpa doktor. Maklumat boleh dibaca dan dilihat. Tahniah diucapkan kepada pengurusan Hospital Besar Melaka. Usaha ini amat kreatif dan berinovasi. Sekalong pujian patut diberikan kepada mereka yang bertugas dibagaian hadapan Hospital Besar Melaka.

Sememangnya negara kita tidak mempunyai masaalah menyediakan kemudahan untuk  kesihatan. Setiap hospital telah dimodenkan walaupun bangunan nampak lama tetapi kemudahan amat baik. Tidak mencukupi jika mempunyai peralatan yang canggih tetapi jururawat atau kakitangan hospital tidak memberikan senyuman. Pengurusan Hospital Melaka telah memberikan lencana kepada staf hospital untuk sentiasa tersenyum tetapi ini amat jarang didapati. Mungkin agaknya kerja di hospital terlalu banyak kerja dan setiap staf terlalu sibuk hingga tiada masa untuk tersenyum. Walaupun tanpa senyuman, setiap pekerja Hospital Melaka telah memberikan perkhidmatan yang sangat baik untuk negeri Melaka. Rakyat Negeri Melaka sangat berbangga dengan perkhidmatan yang telah diberikan, hanya yang kurang adalah senyuman. Kalau diberi senyuman lengkaplah  apa yang diperlukan di Hospital Melaka.

Berurusan dengan pejabat disekolah-sekolah juga jarang mendapat senyuman. Kadang-kadang mereka buat tidak tahu  sahaja walaupun ada ibubapa yang berdiri dihadapan kaunter. Kelihatan mereka ini tidak ada inisiatif untuk bertanya kepada ibubapa. Inilah yang kerap menimbulkan rungutan kepada ibubapa. Pengetua atau Guru Besar mungkin tidak tahu. Kalaulah begini mereka melayani ibubapa, bagaimana agaknya staf bahagian pentadbiran melayani murid-murid sekolah. Anak-anak mungkin tidak menyedari layanan ini kerana mereka tidak memahaminya. Anak-anak akan berkata beginilah agaknya apabila sudah bekerja di pejabat. Mereka yang bekerja disekolah mesti melihatkan anak-anak murid adalah pelanggan kita. Jika tiada murid-murid yang ingin datang sekolah tidaklah banyak orang mendapat rezeki dengan adanya sekolah dikawasan tersebut. Staf yang bekerja disekolah, bukan sahaja melayani guru besar, pengetua atau guru-guru. Anak-anak murid juga perlu diberikan senyuman semasa mereka berurusan dengan pejabat sekolah.

Contoh yang paling  baik untuk diperhatikan adalah apabila kita mengunjung pasar raya atau emporium. Kita akan dapat melihat senyuman sentiasa berada dibibir. Mereka percaya dengan senyuman pasti akan menarik pelanggan. Pelanggan akan menjadi yakin apabila melihat setiap mereka yang melayani akan sentiasa tersenyum. Sudah tentu senyuman ini akan menjadi buah mulut dan barangan akan banyak yang terjual. Ini juga dapat dilihat di pasar malam. Kita akan lihat pasar malam akan diiringi dengan senyuman walaupun sentiasa dalam keadaan bising. Setiap peniaga masih lagi mampu tersenyum yang mereka pasti dengan senyuman ini banyak lagi produk yang akan diyakini oleh pelangan.

Kepada mereka yang sedang berkhidmat, murahlah senyuman ketika bertugas terutama mereka yang berada di barisan hadapan. Jika tidak boleh tersenyum, belajarlah mereka yang murah dengan senyuman. Tidak mudah untuk mengajar sesaorang itu senyum tetapi boleh dilihat senyuman orang lain dalam banyak keadaan. Ini juga satu proses pembelajaran untuk kelihatan sentiasa tersenyum.

Negeri Melaka telah pun maju dan pada masa hadapan negeri Melaka menuju Negeri Bandar Berteknologi Hijau. Lagu Melaka Maju 2020 yang sedang rancak dinyanyikan dimulai dengan Melaka Maju 2010, Gagah Berani, Negeri Indah tidak terperi...keindahan ini bukan sahaja dari segi kehijauan tanah dan persekitaran. Indah yang dimaksudkan adalah indah serba sebi. Indah yang paling penting adalah rakyatnya suka tersenyum. Tiada gunanya Melaka Maju mempunyai nilai murni kualiti tinggi, hulubalangnya terbilang, negeri hebat cemerlang, pokok Melaka lambang rakyat gemilang dan daulat dijulang jika pegawai kerajaannya tidak memberikannya dengan senyuman.

Pada masa hadapan, adalah dicadangkan setiap pekerja baru yang diambil terpaksa dibuat penilaian senyuman atau ujian senyuman. Kerajaan tidak boleh bersandarkan kelulusan sahaja. Tidak semestinya mereka yang pandai belajar pandai bekerja. Kebanyakan yang lulus cemerlang kerana mereka rajin belajar tetapi meninggalkan aspek sosial. Ini telah terbukti sekarang, apabila mengambil sesaorang pekerja hanya menimbangkan kelulusan dan “physical look”. Inilah jadinya. Walaupun soal senyuman ini telah lama dibincangkan tetapi masih lagi tidak berubah.

Satu lagi yang perlu dinilai dari segi penilaian prestasi kerja. Setiap pekerja yang mudah memberikan senyuman patut diberi pemarkahan yang tinggi. Senyuman ini sebenarnya yang menaikan imej pejabat bukan pekerja yang mempunyai kelulusan yang tinggi. Kepada mereka nyang pandai atau berkelulusan terbaik, pencapaian ini hanya untuk memudahkan mendapat kerja. Kebolehan, kecekapan dan prestasi kerja adalah dinilai dari segi mutu kerja dan kerap mereka yang sentiasa tersenyum akan disayangi dan kerap mereka ini akan dapat berurusan dengan baik kepada pelanggan. Inilah perkara yang perlu diperhatikan.

Senyuman yang dimaksudkan bukan sahaja datang dari kaum wanita sahaja tetapi juga perlu dipandang serius oleh kaum lelaki juga. Warga kerja lelaki juga  perlu sentiasa tersenyum. Apa yang penting adalah senyuman bukan datang dari siapa. Satu lagi yang kerap menimbul kritikan adalah senyuman dari mereka yang merupakan barisan hadapan negara seperti pemandu teksi, pemandu bas dan penarik beca. Senyuman bukan kira tugas atau tahap mana sesuatu profesion. Mereka yang melibatkan pelancong dan juga pemberi perkhidmatan harian juga perlu sentiasa melemparkan senyuman. Mereka yang memberikan perkhidmatan dibarisan hadapan tidak boleh marah-marah atau sombong. Berikan perkhidmatan yang terbaik dan yang amat penting perlu sentiasa tersenyum. Amat mudah mencari makan dengan tersenyum dari sentiasa bermasam muka atau raut muka yang tidak pernah puas hati dengan keadaan sekeliling.

Kepada pihak tertentu perlu juga memikirkan kursus atau modul  bagaimana untuk senyum atau sentiasa tersenyum. Kalau sebelum berkahwin perlu menghadiri kursus perkahwinan bagaimana kalau sebelum sebelum mengambil sesaorang bekerja, perlu di semak samaada telah menghadiri kursus senyuman. Adalah dicadangkan kepada mereka yang ada sijil kursus senyuman diambil bekerja.

SUSAHNYA PENERIMAAN PRODUK INOVASI.



Mengkomersilkan produk inovasi atau untuk menjadikan produk inovasi supaya boleh dijual atau dari produk inovasi untuk mewujudkan usahawan bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Semua orang terutama usahawan akan memuji produk inovasi yang dilaporkan dalam akhbar atau semasa melihat pameran. Malangnya apabila ingin mengeluarkan wang dari poket untuk memiliki produk atau membantu untuk membolehkan produk dijual kepada orang ramai atau untuk membolehkan produk menjadi satu dari sumber ekonomi penduduk amatlah sukar. Inilah yang menjadi rungutan pihak pencipta atau inovator. Semangat pencipta amat berkembang subur untuk mencipta produk, malangnya tidak ada sambutan dari pihak sebelah lagi sangat pelahan atau kerap kali tidak mendapat sambutan langsung. Kajian menunjukan hanya 5% sahaja produk inovasi negara yang dikomersilkan. Banyak produk inovasi dikomersilkan oleh pihak pencipta atau institusi pencipta sendiri. Ada institusi yang mencipta produk. Mereka akan mengkomersilkan sendiri dan membelinya semula melalui jabatan yang lain. Kalau dilihat ini tidak logik tetapi ini sebahagian strategi pemasaran. Adalah diharapkan apabila produk sudah ada dipasaran, pihak industri akan datang. Ini pun tidak berlaku.

Apa yang lebih menyedihkan, banyak industri yang memperlekehkan produk inovasi tanpa ada semangat ingin membantu. Ini kerap berlaku kepada ketua-ketua jabatan dan juga orang ramai. Semua orang perlu mengetahui, sudah tentu produk ciptaan baru ada kelemahan disana dan sini. Tidak ada produk ciptaan baru yang 'perfect' dan dapat terus digunakan. Sudah tentu produk inovasi perlukan maklumbalas dari mereka yang melihat atau dari bakal pengguna. Malangnya setiap kali yang diterima bukanlah maklumbalas untuk memperbaiki produk. Apa yang diterima adalah maklumbalas untuk memperlekehkan produk dengan tujuan produk tersebut jangan diterima atau tidak digunakan. Maklumbalas tidak ada unsur membina dan memberi motivasi. Bukan itu sahaja, mereka kerap kali memandang rendah produk inovasi tempatan.

Kerap kali apabila sesi demonstrasi produk diadakan.  Banyak usahawan akan dijemput. Ini kerana kerap kali pihak usahawan merungut mereka tidak dijemput dalam sesi memperkenalkan produk dan banyak juga yang merungut kerana mereka tidak diberitahu berkenaan produk penyelidikan. Apabila dijemput untuk sesi demonstrasi produk, pihak industri yang paling liat untuk datang. Kalau datang pun mereka yang tidak boleh membuat keputusan atau yang pandai memuji tetapi tidak berniat untuk mengkomersilkan produk. Ini adalah cabaran yang pertama kalau menjemput pihak industri. Kecuali kalau yang merasmikan majlis terdiri dari orang kenamaan. Itu sebabnya kerapkali majlis perasmian sangat besar dari sesi sebenarnya. Kerap kali apabila sessi soal jawap selepas sesi demonstrasi akan kedengaran permintaan yang bukan-bukan dari pihak industri. Mereka akan meminta ini dan itu diadakan. Kerap kali akan bertanya mengapa ini dan itu tidak ada pada produk baru. Banyak juiga yang mengatakan ini perlu untuk masa hadapan dan perlu diadakan. Inilah yang kerap terjadi. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan mencari apa yang tiada dan tidak mahu memuji atau menerima apa yang telah diadakan. Banyak juga pihak industri yang sahaja ingin menunjuk paNdai seoalah-olAh pencapaian mereka dari segi teknologi sangat tinggi. Ini hanyalah melalui pembacaan sahaja.
Kerap kali pihak pencipta atau inovator merungut. Pihak industri perlu memahami, kerja penyelidikan dan juga mencipta produk inovasi memerlukan kewangan. Pencipta terpaksa bekerja dalam ruangan yang mempunyai kekakangan kewangan. Setiap kerja penyelidikan bukan diberi wang sangat banyak dan bebas berbelanja. Sudah tentu hasil penyelidikan juga dalam ruang lingkup kemampuan kewangan. Apa yang dihasilkan sudah tentu kekurangan beberapa perkara. Kebanyakan yang ingin dihasilkan telah dirancang. Penyelidik atau inovator berharap ini dapat dilakukan pada masa hadapan untuk fasa yang berikut. Paling tidak apa yang dihasilkan dapat dikeluarkan secara 'mass-production' dapat dijual dan digunakan oleh masyarakat. Setelah produk berada dipasaran dan masyarakat dapat menerima produk, barulah kerja penambahbaikan atau ciri-ciri tambahan diadakan. Barulah usaha penghasilan produk dapat diteruskan setelah penerimaan dapat dibuktikan. Barulah produk inovasi lengkap.

Penghasilan produk inovasi tidaklah harus selengkapnya. Kerap kali penambahbaikan produk atau kemampuan produk akan diberikan. Ini memerlukan kerja penyelidikan yang berteruskan. Ini dapat dilihat kepada produk pemanas air atau cerek elektrik. Kalau dahulu, alat pemanas air atau 'heater' sangat popular. Apa yang perlu dilakukan letaka alat pemanas didalam bekas air dan teruskan bekalkan tenaga elektrik. Air akan mendidih dalam tempoh yang cepat dan alat ini sangat murah dan banyak dimiliki oleh mereka yang mendiami asrama. Produk ini sangat bahaya jika pengguna terlupa untuk menutupnya apabila air mendidih. Alat ini dikatakan tidak selamat kerana kerap kali berlaku kebakaran. Ini menjadikan alat pemanas air ini tidak popular. Kajian dijalankan dan alat ini diletakan ke dalam bekas dan dijadikan cerek el;ektrik. Ciptaan baru ialah alat ini akan tertutup dengan sendirinya jika air sudah mendidih. Ini sangat memudahkan pengguna. Pengguna sangat selesa, isikan sahaja air dan biarkan cerek akan tertutup sendiri jika air mendidih. Memandangkan cerek yang direka sangat cantik, kerap kali apabila air telah mendidih, pengguna akan menutup cerek dan membawa cerek kesesuatu tempat bergantung kepada penggunaan air. Ini juga dilihat tidak cantik kerana cerek akan dibawa kesesuatu tempat dengan wayar sekali. Penyelidik tidak duduk diam. Mereka mencipta cerek elektrik tanpa wayar (wireless kettle) pula. Mudah sekali, cerek akan diletakan diatas satu tapak. Apabila air mendidih, angkat sahaja dengan tapak ditinggalkan. Produk ini telah terjual diserata dunia. Bukan itu sahaja produk ini telah menjadi produk mampu milik yang digunakan oleh mereka yang berpendapatan rendah. Ini adalah perancangan jangka panjang yang perlu difikirkan oleh mereka yang ingin mengkomersilkan produk.

Adalah tidak dinafikan setiap pengkomersilan produk inovasi memerlukan perancangan yang rapi dan harus dibuat dengan berhati-hati. Ini tidak dinafikan tetapi perlu juga pertimbangan yang profesional. Bukan semua produk inovasi atau kreativiti dihasilkan sudah lengkap. Memanglah satu benda baru yang diperkenalkan, penerimaan mungkin agak kurang pada awal memperkenalkan produk tetapi untuk jangka panjang juga perlu dipertimbangkan. Kadang-kadang pemikiran yang gila-gila sangat diperlukan oleh pihak industri. Perlu juga difikirkan perancangan negara untuk menjadikan negara ini negara pengeluar teknologi. Iaitu negara yang dapat memasarkan produk yang tidak terdapat ditempat lain. Semua orang bersetuju yang negara ini tidak selama-lamanya menjadi negara pengguna teknologi sahaja. Paling tidak kerajaan telah membuat sesuatu dengan beberapa pengecualian cukai dan juga telah membeberapa insentif dan juga geran. Ini menunjukan kerajaan amat komited tetapi tidak disambut dengan baik oleh pihak tertentu. Mungkin juga kemampuan negara dari segi teknikal tidak mencukupi atau pun tidak mampu untuk memikirkan untuk mengkomersilkan produk inovasi. Kerap kali dikatakan negara kita mempunyai tenaga pakai yang hebat. Adalah sesuatu yang janggal jika mereka tidak mampu memberi bantuan teknikal pengkomersilan produk

Sekarang ini banyak industri yang berminat menjadi pengedar produk import sahaja. Kerja mereka mempromosi produk import terutama produk dari negara China yang dikatakan murah. Kepada mereka produk ini sudah diterima dan telah menjalani proses penilaian yang lengkap. Apa yang bertambah menarik mereka tidak melabor dengan banyak. Kerja sangat mudah, beli sahaja barang. Sangat baik kalau menjadi pengedar tunggal. Selepas itu lantik sahaja pengedar diseluruh negara. Kalau perlu buat sedikit promosi. Jika produk yang bersesuaian dan banyak yang berkenan, sudah tentu dapat menarik ramai pelanggan. Perniagaan cara ini sangat popular dinegara kita.

Keraguan pihak industri untuk mengkomersilkan produk ada juga kebenaranya. Menurut mereka produk buatan sendiri kerap tidak mendapat sambutan dan mahal. Pelanggan kerap berpendapat, kalau barangan buatan dalam negara sepatutnya murah. Kerap kali barangan buatan Malaysia mahal berbanding dengan barangan import. Untuk itu lebih baik import sahaja dari membuat barangan buatan Malaysia. Adalah tidak dinafikan produk buatan sendiri mahal sedikit. Contoh yang paling mudah ialah buah durian. Kalau kita ingin makan buah durian, berhenti sahaja ditepi jalan atau pun pergi sahaja ke pasaraya. Sudah tentu mudah didapati dan murah. Sekarang ini buah durian sudah siap dibuang kulit berduri kalau dibeli di supermarket. Pelanggan boleh memilih buah yang bagaimana yang mereka mahu. Harganya juga berpatutan. Kalau kita berkeinginan makan buah durian sendiri, sudah tentu mengambil masa yang lama untuk menanam dan juga menjaga pokok durian dari kecil sehingga besar. Untuk makan buah durian sendiri terpaksa menunggu 6 tahun dengan perbelanjaan yang agak besar juga. Itulah apa yang berlaku dengan produk buatan sendiri, Apa yang perlu difikirkan adalah produk buatan sendiri dibuat di dalam negara. Kaedah pembuatan memerlukan mesin dan pekerja. Ini bermakna dengan menghasilkan produk buatan sendiri. Kita dapat menyediakan pekerjaan kepada rakyat. Ini dapat meningkatkan ekonomi negara dan paling tidak negara dapat menyediakan tenaga kerja kepada rakyatnya.

Pada masa dahulu, kerap menjadi rungutan yang kereta nasional kita agak mahal berbanding dengan kereta import. Rakyat sangat meragukan tentang perkara ini. Bagaimana produk sendiri lebih mahal dari yang import. Lama kelamaan, rakyat memahami yang membuat kereta memerlukan pelaboran yang besar dengan tenaga kereja profesional yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan kerana kita tidak boleh hanya membeli kereta sahaja. Kita patut manjadi pengeluar kereta dengan harapan pada satu masa nanti, apabila kereta buatan negara dikenali. Pengeluaran kereta juga sudah banyak. Ini akan menjadikan harga kereta murah. Ini sangat diharapkan dan tanda-tanda kearah itu sudah mula dilihati. Sekarang ini amat membanggakan pengeluaran kereta telah menggunakan tenaga profesional negara. Walaupun pembuatan kereta pada satu ketika memerlukan kerjasama dari negara yang besar seperti Jepun. Sekarang ini hampir 90% komponen kereta kebangsaan adalah dihasilkan didalam negara. Banyak lagi pengeluar komponen kereta masih lagi belajar bagaimana untuk menghasilkan komponen kereta didalam negara. Nampaknya negara kita sudah mula berjaya sebagai salah sebuah negara pengeluar kereta didunia walaupun pada awalnya banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Keinginan untuk mengkomersilakn produk perlu ada pada setiap pengiat industri dinegara ini. Ini sangat penting untuk jangka masa panjang. Kita juga tidak mahu para pencipta produk dalam negara kita sentiasa kecewa dengan sikap pengiat industri. Apa sahaja yang mereka ciptakan, semuanya tidak sesuai dengan selera pihak industri. Sampai bilakah pihak industri merasakan produk pencipta negara hanya mampu dipuji dan tidak mahu dikomersilakan?

Friday, 21 December 2012

SUSAH....SUSAH....SUSAH



Susah ialah perasaan tidak puas hati kerana kesukaran dan kesulitan, perasan tidak senang, tidak mudah mendapat atau mencari sesuatu, tidak senang hati, sedih hati, dukacita, serba kekurangan, miskin dan papa. Bersusah atau bersusah-susah ialah melakukan sesuatu dengan susah payah atau berpenat lelah mengerjakan sesuatu. Menyusahi ialah menjadikan sesaorang susah atau menggangui. Menyusahkan ialah menjadika sesaorang susah, menyukarkan, menyulitkan, menjadikan susah, sedih, risau, mendukacitakan dan merisaukan. Mempersusah ialah menjadikan lebih susah. Kesusahan adalah perihal susah, kesengsaraan, kesukaran dan kesulitan.

Perkataan susah adalah berlawan dengan perkataan senang yang bermaksud serba mudah, tidak ada kesulitan (perkara yang susah-susah), tidak ada yang menyusahkan. Senang juga membawa maksud suka, mesra, berasa puas, enak, nyaman, gembira, bahagia hidupnya, tidak susah atau melarat, bersahaja dalam percakapan, tenang. Bersenang atau bersenang-senang bermakna berbuat sesuatu dengan senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka. Bersenagkan atau bersenang-senangkan ialah bersenang-senang atau melepaskan lelah dan berehat. Menyenangi ialah berasa senang, gembira akan, suka akan dan menyukai. Menyenangkan ialah menjadikan mudah, tidak susah, memudahkan, melicinkan perjalanan, mengembirakan, menyukakan hati, mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan persaan atau fikiran, memuaskan, membetahkan penyakit, menyembohkan, menjadadikan senang, bahagia dan mewah. Kesenangan ialah perihal senang, kebahagian, kegembiraan, keenakan dan kepuasan.

Dalam kehidupan kesenangan akan dihubungkan dengan perkataan kaya yang bermaksud banyak harta atau wang, orang yang mempunyai banyak harta. Mengayakan ialah menjadikan kaya atau berharta atau berwang banyak. Memperkaya ialah menjadikan bertambah atau semakin kaya, menjadikan makin banyak, menambah banyaknya, memperbanyak atau memperluas. Terkaya ialah paling kaya atau kaya sekali. Kekayaan perihal kaya, segala harta benda yang dipunyai oleh sesaorang, kekuasaan dan kebesaran. Pemerkayaan ialah perbuatan atau proses menjadikan bertambah atau semakin kaya. Pengayaan ilah perihal atau usaha atau proses mengayakan.

Menurut kamus dewan jutawan adalah orang yang mempunyai wang atau harta benda yang jumlahnya  berjuta-juta ringgit. Kalau dalam bahasa harian  jutawan adalah orang yang terlalu kaya atau lepas dari kaya atau lepas dari kaya raya. Jutawan ini dikatakan mempunyai kekayaan yang melimpah ruah dan tidak diketahui berapa banyak wang mereka miliki tetapi kerap kali juawan ini dilihat mempunyai taraf hidup yang sangat tinggi. Kerap dilihat  mereka mempunyai kenderaan yang mahal dan berjenama idaman setiap orang. Kerap kali jutawan akan tinggal dikawasan perumahan yang agak esklusif terkawal dan akan duduk bersama kelompok mereka sahaja. Sudah tentu mereka mempunyai kereta lebih dari satu atau mempunyai deretan kereta.  Rumah juga sudah tentu besar dengan berbagai-bagai kemudahan yang agak selesa. Mungkin kita dapat membayangkan kehidupan atau kesenangan menjadi jutawan tetapi tidak mengetahui kehidupan sebenarnya sehingga kita sendiri menjadi jutawan. Sepatutnya setiap dari kita perlu bercita-cita untuk menjadi jutawan, tidak seperti cita-cita anak anak sekarang.

Kerap kali, ibubapa berpesan dengan anak-anak jangan jadi orang kaya nanti jadi sombong. Perkataan kaya kerap kali dikaitkan dengan sombong. Sampai sekarang ini ramai yang takut jadi kaya kerana digelar sombong. Bagaimana pula kalau jadi jutawan, sudah tentu lebih sombong. Ada juga kedengaran jangan pergi kerumah orang yeng berumah besar itu. Mereka itu orang sombong. Walaupun tidak mengenali tuan punya rumah sebenarnya tetapi apabila berumah besar sahaja akan digelar sombong. Ibu bapa juga kerap melarang anak-anak berkunjung rumah saudara mara yang senang atau berumah besar. Ini kerana adik beradik atau saudara mara itu sombong. Peralatan rumahnya mahal-mahal. Kalau kita berkunjung dan terjatuh sesuatu benda sudah tentu tidak mampu untuk mengantikannya. Itulah yang kerap diperkatakan jika sesaorang itu kaya apakah lagi kalau sudah jadi jutawan.

Setiap hari perkataan susah, kaya, senang dan jutawan akan diperkatakan. Ini adalah kerana kesemua ini adalah sebahagian dari kehidupan seharian.Apa yang paling kerap didengari adalah perkataan susah berbanding dari perkataan lain. Pernah dalam satu ucapan sesorang yang berpengaruh semasa sambutan hari raya aidil fitri. Semua orang akan menyatakan susah...susah...susah sejak dari dahlu dan tidak pernah berubah walaupun taraf hidup sudah berubah. Kalau dahulu rumah sangat buruk dan bocor. Anak-anak tidak mampu bersekolah kerana tidak mampu membeli pakaian apakah lagi membeli buku teks. Sekarang ini anak yang dibantu telah pun keluar universiti, mampu berkereta dan perpakaian cantik. Malangnya perkataan susah...susah...susah masih lagi bermain dimulut. Pada kali ini bukan sahaja percakapan ibubapa yang telah dibantu tetapi diperkatakan oleh anak yang telah mampu berkereta dan memakai pakaian cantik. Perkataan ini seolah-olah tidak berubah selama dua keturunan dan akan diperkatakan lagi oleh anak cucu dalam tempoh yang terdekat.

Apakah tiada kesenangan yang telah mereka nikmati. Jalan raya semakin sesak, rumah semakin cantik, jumlah yang menunaikan haji semakin bertambah. Tahun ini kepada sesiapa yang ingin menunaikna fardu haji perlu menunggu 10 tahun. Supermarket susah menjadi pasar sekarang. Menaiki penerbangan Air Asia untuk melancong sudah seperti menaiki bas. Kalau dahulu peribahasa kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang telah berubah kais pagi makan pagi dan kais petang makan kentucky fried chicken. Banyak juga yang ingin merubah peribahasa ini kepada kais pagi makan kentucky fried chicken dan kais petang makan mc donold. Kalau pada satu masa dahulu hanya orang kaya sahaja yang boleh makan kentucky fried chicken tetapi sekatrang ini apabila disebut sahaja seolah-olah semua orang berkemampuan.  Restoran makanan ala-Amerika telah menjadi restoran biasa di negeri Melaka. Makanan segera bukan lagi hidangan anak-anak bandar tetapi telah menjadi hidangan anak-anak kampong.

Sebenarnya rakyat Malaysia telah jauh lebih senang dari dahulu dalam semua aspek kehidupan. Ibubapa telah mampu menghantar anak-anak mengikuti tusyen berbayar. Banyak keluarga sanggup membelanjakan wang yang lebih untuk anak menjadi pandai. Melalui pemerhatian banyak mereka yang sentiasa mengaku susah sebenarnya sudah senang. Mereka mengaku susah supaya mendapat bantuan. Rakyat negara ini memamng gembira apabila mendapat bantuan. Mereka juga sangat cemburu kalau orang lain mendapat bantuan tetapi dia tidak mendapat bantuan. Kebanggaan menerima bantuan adalah percakapan harian. Pemimpin juga sangat baik hati. Kepada sesuapa yang susah akan dibantu. Ini adalah tanggung jawap pemimpin. Kepada mereka yang sudah merasai sedikit kesenangan perlu mengaku mereka sudah senang dan tidak perlu menerima bantuan. Bantuan perlu diberi kepada orang lain pula. Kita tidak boleh selamanya hidup dalam bantuan sahaja.jadi pilihan utama. Bantuan adalah sesuatu yang sementara. Gunakan bantuan yang diberi untuk memperbaiki kehidupan. Kalau ibubapa semasa belajar mendapat biasiswa atau dermasiswa. Ini adalah bantua yang terbaik, apabila ibubapa sudah bekerja dan mendapat pendapatan yang baik, perlulah berniat untuk anak-anak lepas ini tidak perlu bantuan dari kerjaan lagi. Inilah yang dikatakan kemajuan dalam kehidupan. Jika ibubapa, anak-anak, cucu dan cicuit masih lagi mengharapakan bantuan kerajaan. Ini tidak mengambarkan sesaorang itu berjaya dalam kehidupan. Ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Bantuan bukan seluruh keturunan.

Adalah didapati juga banyak yang mengaku susah kerana tidak mahu membayar apa sahaja perkhidmatan yang diberi oleh pihak kerajaan. Kepada mereka semua yang disediakan oleh kerajaan adalah percuma. Itu sebabnya, banyak keluarga yang tidak mahu membayar yuran pengajian anak-anak samaada di kolej atau di universiti. Banyak ibubapa yang mampu juga akan membuat pinjaman pendidikan. Mereka bukan tidak mampu tetapi tidak mahu membayar kepada kerajaan.Itu sebab mengaku susah lebih mudah mendapat bantuan berbanding kalau mengaku sudah senang.

Mungkin juga sifat rendah diri menyebabkan mereka tidak mahu mengaku senang. Kalau mengaku senang nanti orang kata sombong pula. Inilah perkataan yang sangat dielakan oleh orang Malaysia. Mereka akan berdiam diri sahaja apabila diperkatakan berkenaan kesenangan. Mereka yang sudah senang amat mudah dapat dilihat. Kereta akan menjadi bahan keperluan bukan kemewahan. Kalau sudah ada kereta mudah untuk berulang-alik ke tempat kerja. Rezeki pun akan mula bertambah. Apabila kenderaan sudah ada sudah tentu berfikir untuk memiliki rumah sendiri. Mereka yang menyewa dilihat tidak bagus, malu nak mengaku rumah sewa. Mesti kata kepada orang ini “ini rumah sendiri”. Kalau yang menyewa pun adalah mereka yang masih muda, kehidupan belum lagi stabil. Kalau ada rumah sendiri nampak macam sudah stabil. Emak dan bapa dan juga mertua akan menjadi sangat bangga dan akan menjadi buah mulut yang anaknya sudah memiliki rumah sendiri.

Perbelanjaan pembelajaran anak-anak bukanlah menjadi prioriti kepada kebanyakan keluarga. Mereka bangga melihat harta nampak yang boleh ditunjuk tetapi pendidikan adalah tanggung jawap kerajaan. Untuk mendapat bantuan tidak boleh mengaku senang. Kalau mengaku susah banyak yang akan membantu. Mereka yang mendapat bantuan bukanlah orang yang susah sangat. Kalau susah tidak mengapa. Mereka yang mengaku susah tetapi menggunakan talipon jenama canggih, isteri mengunakan beg tangan mahal. Gaya percakapan dan kehidupan seharian bukanlah orang yang susah. Rumah juga dapat menentukan sesaorang itu susah atau senang.

Kalau sudah senang kita harus mengaku sudah senang supaya rezeki kita bertambah lagi. Bercakap bohong akan meneyebabkan kita bertambah susah. Rezeki akan bertambah kalau kita bercakap benar dan sanggup bekerja kuat. Kalau sudah senang jangan berat sangat untuk berbelanja terutama untuk pembelajaran anak-anak. Orang yang berjaya dalam kehidupan adalah mereka yang membelanjakan wang yang dimiliki untuk keluarga terutama pendidikan anak-anak. Kesusahan sekarang atau tidak senang-senang mungkin akibat perbuatan kita sendiri yang tidak mahu mengaku kita telah menikmati kesenangan. Mengaku susah dalam kesenangan adala perbuatan yang tidak baik yang akan menyekat rezeki pada masa akan datang. Setiap dari kita harus mengaku kita sudah senang. Hidup senang, makan senang, pakai senang, berjalan pun senang. Kita perlu mengaku kita sudah senang...senang...senang.

SUDAH SENANG JANGAN CARI SUSAH.



Senang ialah mudah, tidak ada kesulitan (perkara yang susah) dan tidak ada yang menyusahkan. Senang juga bermakna suka dan mesra. Senang juga membawa makana berasa puas (enak, nyaman dan gembira), rehat, bahagia hidupnya, tidak susah atau melarat. Senang juga seperti bersahaja dalam percakapan dan tenang. Bersenang sama seperti bersenang-senang yang bermakna berbuat sesuatu dengan senang hati (supaya senang), berehat-rehat atau bersuka-suka. Bersenangkan, bersenang-senangkan bermakna melepaskan lelah dan berehat. Menyenangi ialah berasa senang (gembira) akan, suka akan dan menyukai. Menyenangkan ialah menjadi mudah (tidak suka), memudahkan, melicinkan perjalanan, mengembirakan dan menyukan hati, mendatangkan rasa senang, menyamankan, mententeramkan perasaan dan fikiran dan memuaskan. Menyenangkan ialah membetahkan (penyakit) dan menyembuhkan. Menyenangkan bermakna menjadikan senang, bahagia dan mewah. Kesenangan ialah perihal senang, kebahagiaan, kegembiraaan, keenakan dan kepuasan.

Perkataan senang adalah berlawan dengan perkataan susah yang bermaksud Susah ialah perasaan tidak puas hati kerana kesukaran dan kesulitan, perasan tidak senang, tidak mudah mendapat atau mencari sesuatu, tidak senang hati, sedih hati, dukacita, serba kekurangan, miskin dan papa. Bersusah atau bersusah-susah ialah melakukan sesuatu dengan susah payah atau berpenat lelah mengerjakan sesuatu. Menyusahi ialah menjadikan sesaorang susah atau menggangui. Menyusahkan ialah menjadika sesaorang susah, menyukarkan, menyulitkan, menjadikan susah, sedih, risau, mendukacitakan dan merisaukan. Mempersusah ialah menjadikan lebih susah. Kesusahan adalah perihal susah, kesengsaraan, kesukaran dan kesulitan.

Mendiami sebuah negara maju adalah sangat membanggakan. Hidup sudah senang dan dapat mendidik anak-anak dengan baik.Gaya hidup jelas menunjukan negara ini sangat mewah.  Sampah yang dibuang ditempat pembuangan merupakan bahan yang boleh dimakan seperti nasi, mee goreng, kueh mueh, roti cadai dan beraneka lahgi lauk pauk yang tidak habis dimakan. Kalau makanan sudah berlebihan ini merupakan petunjuk negara kita adalah negara yang sudah senang dan rakyat hidup mewah. Kalau rakyat tidak cukup makan sudah tentu makanan tidak mencukupi dan ramai yang akan meminta-minta makanan di sepanjang jalan.

Kelihatan sekarang ini banyak orang yang tidak bersyukur walau pun kehidupan mereka sudah bertambah baik. Banyak lagi yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dengan membuat perbandingan dengan orang yang berjaya dan berpengaruh. Banyak dikalangan orang yang tidak bersyukur ini ialah mereka yang sangat iri hati dan tidak berpuas hati kesenangan yang dinikmati oleh orang lain. Mereka ini suka menuduh itu dan ini atas kejayaan orang lain dan pada masa yang sama asyik memikirkan mengapa mereka tidak boleh dapat seperti didapati oleh orang lain. Budaya iri hati ini akan membuatkan mereka menuduh orang lain yang bukan-bukan yang akhirnya membuat fitnah yang bukan-bukan dan menuduh orang lain tidak amanah.

Sikap yang tidak menyenang kesenangan yang didapati oleh orang lain adalah sikap yang tidak baik.Kalau kita tidak menyukai orang lain lebih senang dari kita paling tidak kita lihat dan tidak perlu berkata-kata yang tidak baik. Kita tidak perlu buat apa-apa komen. Kesenangan yang didapati oleh orang lain juga tidak datang bergolek.Sudah tentu kesenangan ini didapati dengan apa-apa usaha. Setiap dari kita harus belajar bangga dengan kejayaan orang lain dan harus menyemat didalam hati bagaimana ingin berjaya seperti orang lain. Berbangga dengan kejayaan orang lain atau saudara mara sangat baik. Kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan orang lain perlu dilakukan dengan hati yang jujur. Secara kasar kita harus gembira apabila orang lain atau kawan-kawan kita berjaya. Simpan motivasi untuk berjaya, mana tahu kalau ada rezeki, giliran kita pula akan berjaya.

Kejayan negara dalam penyediaan modal insan, perindustian, perdagangan, pelancongan, sukan dan juga pelaburan amat baik. Apa yang menjadi masaalah sekarang ini adalah cerita-cerita jalanan yang sepatutnya difikirkan dahulu sebelum disampai tetapi banyak yang hanya menyampaikan cerita tanpa memikirkan terlebih dahulu. Sepatutnya tabiat mereka yang baik adalah berfikir dahulu kalau mendapat sesuatu cerita sebelum disampaikan kepada orang lain.  Orang baik-baik dan sentiasa berniat baik tidak akan membawa cerita bohong atau kekinginan berbohong. Jika perbuatan orang baik ini tidak diiktuti sebaik mungkin. Akibatnya banyak cerita tidak benar dan bohong berkisar dalam masyarakat sekarang. Masyarakat seolah-olah lebih suka kepada cerita bohong dan suka kepada cerita sensasi  yang penuh dengan prasangka buruk. Selalunya apa yang benar yang disampaikan akan didengari tetapi apa cerita yang tidak benar yang dibawa melalui saluran tidak rasmi akan didengari dan dipercayai. Sekali lagi akibatnya adalah pembohongan berluas-luas sekarang ini. Pembohongan telah diiktiraf sebagai satu kebenaran. Segala kebenaran telah diterima dengan kepalsuan. Tindak tanduk tidak baik  ini mengambarkan seolah-olah negara ini mepunyai rakyat yang tidak pandai. Modal insan yang dilahirkan tidak mempraktikan apa yang telah dipelajari. Negara akan mengalami masaalah besar pada masa akan datang jika tabiat ini tidak dibendong atau rakyat tidak mengambil sesuatu tindakan yang sepatutnya.

Negeri Melaka kalau dahulu terkenal dengan aktiviti perlancongan. Ini ada kebenaranya, tetapi tidak ramai yang mengetahui Negeri Melaka juga mempunyai kawasan perindustrian yang sangat besar. Aktiviti perindustrian adalah satu aktiviti ekonomi yang sangat penting. Kawasan perindustrian terdapat hampir diseluruh Negeri Melaka. Ini dapat dilihat dari kebanjiran pekerja asing di Negeri Melaka. Sesebuah negara itu mula maju apabila telah mula mengajikan pekerja asing dalam sektor perdagangan atau ekonomi tertentu. Tidak diketahui samaada menggunakan tenaga buruh asing terbaik dari segi ekonomi atau tidak tetapi sangat jelas pekerja asing sangat ramai di Negeri Melaka. Adalah tidak diketahui jumlah pekerja asing di Negeri Melaka tetapi kalau dilihat dihujung minggu dapat dilihat ramai pekerja asing berkeliaran di Bandaraya Melaka.. Bukan itu sahaja kita juga dapat melihat pekerja asing membanjiri pusat membeli belah pada waktu hujung minggu dan waktu malam. Ramai pekerja asing juga dapat dilihat dikawasan hiburan dan juga tempat rekreasi. Buat masa ini suasana di Melaka masih lagi kelihatan ramai rakyat Malaysia dari pekerja asing tetapi kehadiran pekerja asing dalam masyarakat amat dirasai.

Kedatangan buruh asing telah memeriahkan aktiviti kehidupan di Negeri Melaka. Senang sahaja kalau ingin memikirkan, kalaulah sesuatu negeri telah mula mengambil pekerja asing sudah tentu tenaga kerja didalam negara tersebut tidak mencukupi. Ini bermakna aktiviti ekonomi dalam sesuatu negeri tidak akan dapat berjalan sepenuhnya jika kekurangan tenaga pekerja, jalan penyelesaian dengan mengambil pekerja dari negeri jiran. Pengambilan pekerja asing ini bukan sahaja untuk Negeri Melaka tetapi untuk semua negara diseluruh Malaysia. Ini sekali lagi menunjukan negara ini telah berada diambang negara maju seperti mana yang dicita-citakan oleh seluruh rakyat negara ini.

Kesenangan yang kita nikmati tidak datang bergolek.Semua ini didapati dari usaha dan perancangan pemimpin negara yang bijak.Adalah tidak benar semua ini akan dinikmati oleh semua negara dan bergantung kepada masa.Banyak negara yang telah merdeka sama seperti negara kita merdeka tetapi tidak menikmati kemajuan seperti dinikmati.Banyak negara lain yang kehidupan seperi keadaan negara kita pada tahun 60an.Kalau dilihat dibandar banyak kelihatan peminta sedekah dan rakyat yang tidak mempunyai kediaman yang sesuai.Kita juga dapat melihat ramai orang yang berkeliaran meminta sesuap nasi atau meminta itu dan ini. Sepatutnya kita perlu melihat keadaan ini dan mengambil pengajaran apa yang berlaku dan membandingkan apa yang kita nikmati didalam negara kita.

Adalah amat menghairankan banyak lagi rakyat negara ini yang tidak berpuas hati dengan apa yang dinikmati dinegara ini. Pada masa yang sama mereka hidup begitu senang dan senang segala-galanya.Anak-anak berpakaian cantik dan dapat pergi sekolah dengan baik dan dihantar pula oleh ibubapa dengan kenderaan mewah.Sekarang ini ramai yang telah mampu melancong diluar negara bersama keluarga.Kita dapat melihat kenderaan yang mereka pandu dengan pada masa yang sama mempunyai kemudahan hp yang canggih dan membawa Ipad untuk merakamkan setiap kejadian dikelilig mereka.Dunia sudah menjadi tiada bersempadan.Setiap yang berlaku dimana-mana sahaja ceruk rantau negara dapat diketahui diseluruh dunia dalam tempoh yang singkat.Dunia menjadi semakin kecil.Kita juga dapat melihat banyak orang yang sudah mampu berkereta dan mempunyai tempat kediaman yang sangat baik. Ini sebenarnya nikmat kemajuan yang telah dicapai oleh negara.Adalah tidak logik setelah mendapat kesenangan yang melimpah ruah kita ingin memusnahan segala-galanya dengan hanya untuk meluluskan hati dan juga perasaan tamak yang tidak pernah habis.

Sudah tentu setiap yang hidup inginkan kecemerlangan dalam kehidupan. Untuk itu setiap dari kita perlu bekerja kuat untuk mencapai cita-cita atau hajat.Selalunya cita-cita yang perlu dicapai ialah supaya badan sehat dan hidup senang. Kalau boleh senang dalam serba serbi, senang berjalan, senang berbelanja, senang makan dan semua kerja menjadi senang. Kalau ada pun yang menghalang tetapi laluan akan dipermudahkan. Inilah sebahagian cita-cita manusia dalam kehidupan sebelum mati. Setiap yang bercita-cita perlu bekerja kuat dan mengatasi setiap halangan.Apa yang penting dalam mengejar cita-cita kita jangan mengetepikan orang lain.Jika kita berkuasa tidak mengunakan kuasa yang ada untuk menidakan peluang orang lain yang mungkin berbakat. Sikap ini tidak baik dan tidak membawa negara kearah kegemilangan dan sudah tentu akan membawa keburukan dalam tempoh jangka panjang.

Setiap dari kita perlu bekerja kuat untuk masa hadapan anak dan cucu kita.Ramai orang yang sudah ada segala-galanya dalam kehidupan sekarang seperti rumah besar, kereta, perniagaan,anak-anak dan harta benda.Kalau tidak perlu bekerja sampai mati pun sudah mencukupi setakat hendak makan pagi dan petang tetapi ramai yang bekerja keras adalah untuk menyediakankan sedikit kesenangan untuk keluarga.Itu sebabnya kita tidak ada pilihan selain meninggalkan negara yang kita cintai ini lebih baik dari kita meneriamnya dahulu atau sekurang-kurangnya sama. Untuk itu tidak perlu berdolak daih lagi.Kalau sudah senang katakan sudah senang dan jangan cari susah.Kita jangan cari masaalah.Malaysia negara terbaik dimana kita dilahirkan sudah tentu disini kita ingin dimatikan dan disemadikan.Mengapa kita cari susah dan mengatakan itu dan ini.

Sunday, 25 November 2012

SIKAP PERLU DI UBAH MELALUI TEKNOLOGI DAN PERATURAN.



Sikap bermakna perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran), bersikap pula berpegang pada pendapat (berpendirian). Teknologi pula membawa makna aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sains gunaan. Teknologi juga membawa makna kaedah atau proses menangani sesuatu masaalah teknikal dan teknologi tinggi pula bersaskan kajian saintifik termaju seperti. Peraturan pula bermakna segala yang telah ditentukan (ditetapkan) dan harus diturut atau dipatuhi.

Selalunya apabila sesuatu kemalangan (jalan raya atau ditempat kerja) atau kegagalan berlaku, sikap adalah perkara utama yang dipersalahkan. Kita kerap mendengar apabila kemalangan berlaku kerap diperkatakan atau komen, ini kerana sikap pemandu atau pengguna jalan raya. Banyak komen yang kita dengar, kemalangan dapat dikurangkan jika sikap dapat diubah. Kita juga kerap mengatakan kegagalan dalam apa sahaja bidang yang diceburi terutama menghadapai peperiksaan, kegagalan dalam peperiksaan adalah disebabkan kerana sikap juga. Mungkin ini disebabkan sikap pemalas atau berbagai-bagai sikap yang boleh diperkatakan.Malang sekali, sikap amat susah untuk berubah. Bukalah dikatakan tidak boleh berubah tetapi amat sukar berubah dan akan mengambil masa yang sangat lama. Ada yang mengatakan sikap akan berubah apabila adanya kesedaran dalaman. Jika hanya ada kesedaran luaran, sikap tidak akan berubah. Apabila kita dikaitkan dengan kemalangan jalan raya dengan sikap. Jika sikap yang dikaitkan, kemalangan jalan raya tidak berkurang selagi sikap tidak berubah. Ini memang betul tetapi kita tidak boleh terus menghadapi masaalah ini selamanya.

Permodenan sistem pengangkutan dan rangkaian jalan raya di Malaysia yang hebat telah menjadikan kemalangan bertambah. Hampir setiap hari kita akan mendengar kemalangan disana sini seperti dilaporkan didalam surat kabar. Kemalangan yang menyayat hati juga berlaku hampir setiap hari dilaporkan. Adalah amat mengecewakan.dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang sangat terusun dan sistematik, jumlah kemalnagn jalan raya sangat mendukacitakan. Susah untuk menyalahkan mana mana pihak. Kemalangan jalan raya telah menjadi semakin kronik dan luar biasa.. Sesuatu yang luar biasa perlu ditangani secara luar biasa dan mungkin mendapat tentangan dari berbagai pihak. Penyelesaian luar biasa memerlukan pengorbanan berbagai pihak. Masaalah kemalangan perlu ditangani menggunakan teknologi dan peraturan yang ketat. Apa yang kita lihat sekarang had laju national untuk lebuh raya 110 km/j dan untuk laluan jalan persekutuan had laju yang ditetapkan 90 km/j . Kita pula dapat melihat had laju maksimum setiap kenderaan adalah mengikut keupayaan kereta dan jenis kereta. Kereta berupaya memberi kelajuan 240 km/j. Mengikut cc kereta. Adalah tidak logik kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia adalah 110 km/j dan kereta atau motor berupayaa memberi kelajuan lebih dari itu. Sudah menjadi tabiat manusia akan memandu lebih laju dari hadnya kerana kenderaan mereka berupaya berbuat demikian. Pada masa yang sama berbagai kempen dilakukan untuk menyelesaikan masaalah kemalangan. Setiap kali kempen keselamatan jalan raya kita akan mengatakan ”Kelajuan Boleh Membunuh”. Kita hubungkaitkan kemalangan dengan kelajuan. Ini bermakna kemalangan dapat dikurangkan dengan mengawal had laju. Apa yang dapat kita fahami, jika kelajuan rendah dan mengikut apa yang ditetapkan kamalangan dapat dikurangkan. Sebagai jalan penyelesaian secara luar biasa, adalah dicadangkan had laju kenderaan yang mampu dibuat oleh pemandu adalah hanya 110 km/j sahaja. Ini bermakna meter yang paling maksimum hanya setakat 110 km/j untuk setiap kereta, manakalan untuk bas dan lori meter maksimum hanya 90 km/j sahaja. Untuk kereta yang diimpot, kelajuan maksimum pada meter juga 110 km/j sahaja. Jika kereta yang tidak mengikut peraturan Malaysia, kereta tidak dibenarkan untuk di import. Ini bermakna pemandu tidak mempunyai pilihan lagi. Kelajuan maksimum yang telah dikawal dengan teknologi telah mampu mengawal kelajuan. Dalam bahasa pasar ”jika pedal minyak ditekan sampai ke lantai pun kelajuan maksimum hanyalah 110 km/j sahaja”.. Ini adalah pendekatan teknologi yang luar biasa  untuk menangani masaalah luar biasa. Kemalangan yang melibatkan kelajuan 110 km/j selalunya tidak serius. Kempen kesedaran untuk menguatkuasakan peraturan perlu dilakukan secara terbuka.

Pada satu ketika dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah merata-rata telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti mereka. Pemikiran maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu diletakan papan tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang sampah ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu. Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara profesional.  Rakyat negara maju akan disediakan tempat pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi sebagai tempat kitar semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah ditempat yang boleh dikitar semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki oleh setiap rakyat negeri maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar belakang akademik yang ada telah membolehkan penghuni negara maju bersifat begitu dan mempunyai rasa tanggung jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka. Ini adalah kerana gaya hidup mereka telah maju disebabkan pendedahan dan pendidikan yang mereka telah terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan berjaya jika PBT menyediakan tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10 meter satu tong sampah disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong sampah. Tiang elektrik dan telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah menjadi tabiat semulajadi kita  tidak suka menyimpan sampah terlalu lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang sampah, jika sudah ada tong sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak dibuang merata-rata.

Penyediaan premis perniagaan juga perlu difikirkan. Gerai yang dibina oleh pihak PBT sekarang ini sangat kecil dengan kemudahan yang amat terbatas. Kita kerap melihat apabila setiap gerai siap dan digunakan oleh peniagaan berbagai-bagai lagi tambahan secara mudah dilakukan. Tambahan pula tiada tandas dan ruang memasak yang disediakan secara sempurna. Ini menjadikan gerai kelihatan tidak cantik. Gerai peniaga kelihatan amat comot dan tidak menarik. Pada satu masa dahulu sememangnya gerai-gerai ini kelihatan cantik tetapi apabila berstatus negara maju, kemudahan gerai dan keluasan gerai tidak sesuai dan perlu dilihat semula. Alasan mangatakan keluasan tanah tidak cukup mungkin boleh diterima tetapi pilihan lain boleh dicari seperti membuat gerai dua tingkat atau menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Semua gerai perlu luas dengan segala kemudahan memasak dan menyaji makanan disediakan Kemudahan gerai yang disediakan di negara maju perlu dicontohi. Pihak PBT negara maju juga kekurangan tanah tetapi dapat diselesaikan dengan penerimaan kemudahan teknologi atau menggunakan inovasi.

Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam tempuh 11 tahun sahaja lagi, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta teknologi pula. Kerajaan telah melaporkan sebanyak 10,284 orang rakyat Malaysia telah memiliki Ijazah Kedoktoran atau PhD setelah negara kita mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Walaupun kita mendapati jumlah ini sedikit tetapi seperti yang kita ketahui, mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran adalah mereka yang sangat mampu memikirkan bagaimana untuk melaksanakan penyelidikan untuk kemajuan negara. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggunakan mereka ini untuk membantu memajukan negara. Pemikiran mereka perlu disatukan supaya negara dapat menjadi sebuah negara pencipta teknologi. Hasil pemikiran mereka jangan disia-siakan atau diambil mudah. Setiap individu yang mempunyai Ijazah Kedoktoran perlu disediakan berbagai ruang untuk membolehkan mereka memikirkan sesuatu yang baik untuk kemajuan negara. Adalah malang jika kita hanya membiarkan gulongan ini begitu sahaja tanpa memanafaatkan apa yang mereka miliki.

Longkang di negara kita sekarang ini kebanyakannya adalah longkang yang terbuka, amat jarang kita jumpa longkang yang tertutup kecuali di bandar-bandar besar. Longkang yang terbuka telah membuatkan bandar kelihatan kotor comot dan berbau busuk. Untuk mengelakan ini berlaku, banyak longkang telah mula ditutup oleh pihak PBT. Masalah lain pula timbul kerap kali penutup longkang dibuat bermutu rendah dan kerap pecah sana sini. Ini menambahkan lagi masaalah dalam pengurusan longkang. Penyelesaian yang terbaru dan agak inovatif pada akhir tahun 90an adalah menggunakan sistem perparitan mesra alam. Sistem ini tiada mengunakan kaedah longkang terbuka. Longkang dibina tidak dapat dilihat (jika ada). Apa yang kita dapat lihat air diserap melalui permukaan tanah yang telah ditanam rumput. Sistem ini amat berjaya di taman perumahan atau dalam kawasan sesuatu kawasan tertutup. Satu lagi yang perlu dipertimbangkan dengan hanya membina longkang di bawah tanah. Banyak negara dalam dunia telah menggunakan pembinaan longkang bawah tanah. Ini dapat dilakukan jika perancangan dibuat dari awal lagi. Adalah sangat sukar untuk membinanya sekarang. Kaedah berteknologi tinggi juga perlu diperkenalkan semasa pembinaan atau mereka bentuk longkang. Bersesuaian dengan kemudahan teknologi, longkang pintar (sistem pintar) perlu di rekabentuk dimana air akan dialirkan kepada sesuau longkang yang lain jika didapati sesuatu sistem telah mencapai tahap maximum.

Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya  bergantung kepada perubahan sikap sahaja, hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.

SIASAT DAHULU BARU CAKAP.



Siasat bermakna pemeriksaan yang teliti atau penyelidikan dan cakap pula membawa makna bicara, kata, kecek atau tutur. Dari makna perkataan kita dapat memahami sebelum sesuatu diperkatakan haruslah sesuatu isi atau perkara dijalanka pemeriksaan terlebih dahulu. Kalau dalam bidang yang terperinci kita perlu jalankan penyelidikan barulah sesuatu kebenaran dapat dibuktikan atau sesuatu dakwaan dapat di sahihkan untuk dimenafaatkan. Sikap menjalankan penyiasatan terlebih dahulu sebelum bercakap adalah satu amalan yang perlu diamalkan oleh setiap manusia yang berada didunia ini. Ini bukan sahaja sikap zaman moden tetapi sikap yang telah diamalkan sejak zaman dahulu. Melalui sikap ini sahajalah sesuatu yang baik akan dapat menjadi amalan. Tujuan menyiasat adalah untuk benar-benar memahami apa yang berlaku atau apa yang telah terjadi. Sikap menyiasat ini bukan sahaja amalan pihak polis untuk membuktikan sesuatu kes tetapi merupakan kehendak mahkamah setiap sesuatu yang diperkatakan perlukan bukti yang kukuh. Mahkamah tidak menerima bukti dengar dan cakap. Mahkamah perlukan bukti yang sangat lengkap. Tanpa bukti kebenaran tidak dapat ditegakan..

Malangnya yang berlaku sekarang, banyak yang dicakapkan tidak disiasat terlebih dahulu. Banyak yang dicakapkan tanpa bukti. Banyak juga yang dicakapkan adalah dengar dan cakap dan kerap berlaku sambung menyambung dan yang tiada akan diada-adakan.Sesuatu yang kecil akan kerap diperbesar-besarkan sehingga menjadikan isu yang sangat besar dan tidak boleh dimaafkan. Lihat sahaja apabila sesuatu kemalangan berlaku, mereka mereka yang menyampaikan cerita akan menambah-nambah apa yang mereka dengar. Kalau satu kemalangan berlaku hanya kecederaan di kepala sahaja, tetapi apabila sampai dikampung halaman atau sampai dipengetahuan keluarga seolah-olah sudah separuh mati dan telah berada di ICU (Intensive Care Unit). Keluarga akan menjadi kelam kabut dan kalau tidak kena gaya ini akan menyebabkan bahaya kepada keluarga yang akan berkejar kehospital dalam keadaan panik dan tergesa-gesa. Walaupun sikap ingin memberitahu kepada keluarga yang ditimpa kemalangan sesuatu amalan atau perbuatan atau sikap yang sangat baik tetapi kelakuan menambah cerita atau memanjangkan cerita adalah kelakuan yang tidak baik.

Setiap pembanggunan yang disediakan oleh kerajaan seharusnya telah dirancang dengan baik untuk memberi menafaat kepada rakyat. Pembanggunan adalah sangat perlu terutama kemudahan infrastruktur. Ini kerana dengan adanya infrastruktur yang baik, mutu kehidupan menjadi lebih baik. Kita kerap mendengar apabila sesuatu kemudahan itu jika tidak disediakan, berbagai rungutan akan diberikan seolah-olah kerajaan tidak perihatin terhadap kehendak rakyat. Malangnya apabila sahaja sesuatu kemudahan diadakan, berbagai rungutan pula kedengaran. Setiap masa apabila sahaja sesuatu projek siap akan timbul gulongan penentang yang tidak setuju itu dan ini. Kerap diperkatakan apabila rumah siap pahat akan berbunyi. Selalunya pihak yang tidak berpuas hati tidak menyiasat terlebih dahulu sesuatu yang diperkatakan atau tidak memuaskan hati mereka. Mereka sebenarnya mendengar dari pihak lain yang juga tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku. Ini sepatutnya tidak berlaku jika gulongan ini menyiasat terlebih dahulu. Mereka seharusnya mendapatkan maklumat yang benar dari pihak tertentu dan barulah melahirkan perasaan tidak puas hati jika telah benar-benar memahami situasi tertentu.

Kesan tidak mendapat maklumat sebenar dan terus mengatakan sesuatu yang tidak benar amat merbahaya. Mereka ini selalunya berlagak pandai dan akan juga dipercayai oleh setengah gulongan. Kita kerap dipesan supaya belajar kepada orang yang memahami sesuatu maklumat atau satu bidang kepakaran. Jika ini tidak berlaku, orang ramai akan belajar dari mereka yang tidak faham. Akibatnya semua orang juga akan tidak faham dan satu kampong akan tidak mendapat penjelasan yang sebenar. Proses pembelajaran telah tidak berlaku dengan betul. Akibatnya negara akan terkebelakang dan  pembanggunan akan menjadi sia-sia. Masyarakat tidak mempunyai kerja lain selain mencela apa yang telah disediakan. Terdapat juga gulongan yang akan mempergunakan isu yang tidak difahami untuk mengejar sesuatu tujuan.

Sejak akhir-akhir ini adalah didapati banyak cerita bohong yang terus dipercayai. Seolah-olah dilihat cerita bohong menjadi popular dan amat diperlukan. Setiap kebenaran yang dinyatakan tidak dipercayaai lagi. Satu ketika perkara begini sukar untuk dipercayaai tetapi terbukti sekarang ini cerita bohong amat diminati. Cerita yang tidak diketahui asal usul juga kerap dipercayaai. Perkataan yang popular kerap yang kita dengar adalah mereka berkata “cerita ini kawan rapat ayah aku yang beritahu” atau ada pula yang bercerita ” kawan baik aku dapat tahu dari orang politik yang rapat dengan sipolan”. Banyak lagi yang akan memberitahu ”sebenaranya begini cerita yang dia orang beritahu”. Cerita ini akan terus disampaikan tanpa usul periksa. Akibatnya sangat besar yang mungkin akan menjadi tohmahan dan buruk sangka terhadap sesuatu. Jika perkara ini melibatkan orang besar atau sesaorang yang menjadi pemerhatian umum ini akan menimbulkan aib yang sangat besar.

Kemahiran menyiasat ini telah pun menjadi amalan dalam proses pembelajaran. Sesaorang yang berjaya perlu mengamalkan kemahiran kedua proses pembelajaran yang telah memberi kesan yang sangat besar terhadap proses pembalajaran. Kemahiran kedua proses belajar  yang perlu ada adalah kemahiran menyiasat. Menyiasat ini bermakna kita perlu membaca buku, pergi perpustakaan, melawat sambil belajar, tanya kawan-kawan atau cikgu atau ibubapa dan melayari internet. Melawat sambil belajar adalah aktiviti yang sangat penting diamalkan. Semasa lawatan kita dapat melihat apa yang kita pelajari didalam kelas. Negeri Melaka adalah negeri yang kaya dengan sejarah. Apa yang dipelajari dalam fakta sejarah ada di Negeri Melaka. Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia, Ini kerap diperkatakan. Apakah makna ungkapan ini. Ini bermakna apa yang ada di seluruh Malaysia boleh didapati di Melaka. Banyak fakta sejarah ada dalam negara kita yang perlu kita lawati dan ini lebih membolehkan kita memahami sejarah dengan lebih mudah. Semuanya telah kita lihat dan pernah berada didepan mata kita.

Mempelajari sains dan teknologi lebih membuatkan proses penyiasatan menjadi sangat penting. Makmal adalah tempat menjalankan kerja penyiasatan yang sangat penting jika kita ingin memahami sains. Memahami sains juga sangat penting dalam zaman moden ini kerana setaip aspek kehidupan moden berasaskan sains. Ini kerana dari pengetahuan sains dikembangkan kepada keperluan kehidupan dan kadang-kadang dapat melahirkan inovasi. Ini yang dinamakan teknologi. Kerja penyelidikan sangat penting untuk membuktikan teknologi boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan. Semua kerja-kerja penyelidikan memerlukan kerja ujian dalam makmal atau luar makmal. Sebelum sesuatu jumpaan dapat diterjemahkan untuk kegunaan kehidupan, ujikaji yang lengkap perlu dijalankan. Setiap ubatan sebelum digunakan untuk menyemboh penyakit perlu menjalani ujian dalam tempoh yang lama. Setelah itu barulah ubat dibenarkan berada di farmasi untuk dijual dan boleh digunakan untuk menyembohkan sesuatu penyakit. Setiap ujian, ujikaji makmal dan kerja lapangan adalah proses penyiasatan yang perlu dilakukan.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan perpustakaan di peringkat kampong, daerah, negeri dan negara. Kemudahan perpustakaan juga perlu disediakan bermula di Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat Mara dan Universiti. Kemudahan ini sangat perlu untuk menjadi pusat rujukan pelajar atau pelatih. Kita dapat melihat kemudahan perpustakaan yang sangat hebat dan canggih. Perpustakaan bukan sahaja mempunyai buku yang banyak tetapi mempunyai kemudahan berasaskan elektronik yang hebat. Jika pelajar atau masyarakat tidak menggunakan kemudahan yang tersedia ini adalah amat merugikan. Anak-anak sejak kecil lagi perlu dididik menggunakan kemudahan perpustakaan tidak kira perpustakaan masyarakat atau dipanggil perpustakaan komuniti. Mengggunakan kemudahan perpustakaan ada amalan yang baik dan satu kaedah penyiasatan untuk lebih memahami apa yang kita pelajari. Kerja penyiasatan akan membuatkan kita lebih memahami apa yang dipelajari. Bukan itu sahaja, kita dapat terus mengembangkan apa yang kita telah pelajari.

Amalan menyiasat bukan sahaja dalam proses pembelajaran tetapi perlu diteruskan untuk kehidupan. Setiap program yang telah disediakan oleh kerajaan seharusnya diterima dengan baik tanpa was-was. Kerajaan seharusnya sebelum mengambil sesuatu keputusan sudah tentu telah membuat kajian dan telah meminta nasihat dari sesaorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Sudah tentu buruk baik telah dikaji terlebih dahulu. Jika ada yang tidak kena, bukanlah sesuatu program itu tidak baik tetapi perlukan sedikit pengubahsuaian atau sedikit penambahbaikan. Seperti yang kita ketahui tidak semua yang ada dalam dunia ini sesuai untuk semua orang. Adalah sedikit kejanggalan yang perlukan sedikit penambahahbaikan. Kita tidak boleh menyatakan sesuatu projek itu gagal hanya kerana tidak menguntungkan semua orang. Kita juga tidak boleh menyatakan sesuatu yang kerajaan sediakan gagal hanya kerana kita tidak dapat menfaatnya. Mungkin akan memberi menfaat kepada masyarakat yang banyak dan gulungan yang memerlukan. Setiap ahli masyrakat harus menerima keadaan ini dengan hati terbuka Mungkin program ini tidak memberi menfaat kepada setengah dari gulungan masyarakat tetapi mungkin untuk program yang lain akan memberi menfaat kepada gulungan yang satu lagi.

Amalan membawa cerita bohong perlu diberhentikan dan tidak menjadi amalan masyarakat dalam negara kita. Setelah kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran yang sangat baik. Kerajaan juga telah menyediakan modal insan bertaraf dunia. Sudah tentu setaip sesuatu isu perlu dipertimbangkan secara profesional dan bijak. Sesuatu isi perlu diulas atau dikupas oleh sesaorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Itu pun perlu dilakukan setelah proses penyiasatan telah dilakukan. Kepada para profesional, gunakan kebijaksaan dan kepandaian yang ada untuk menilai atau memberi sesuatu pendapat dan tanpa buruk sangka. Amalan “read between the line” perlu digunakan secara berhemah dan telah mempertimbangkan berbagai bukti.

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF UNTUK BERJAYA.



Positif membawa makna pasti, tegas, tentu dan tegap atau memperlihatkan sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat. Fikir pula membawa makna ingatan, angan-angan atau akal. Berfikir pula bermakna menggunakan akal fikiran (untuk menyelesaikan sesuatu), mempertimbangkan (dalam ingatan). Berfikiran membawa makna berfikir mengenai. Memikir bermakna berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu. Pemikiran bermakna perihal berfikir (memikir). Semua makna ini diambil terus dari Kamus Dewan terbaru yang telah menerangkan dengan jelas makna pemikiran tanpa perlu ditokok tambah. Apa yang sangat jelas positif adalah bermakna sesuatu yang pasti dan boleh membawa kepada pengharapan.

Kita sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan sesuatu yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan. Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.

Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu cara untuk menghadapi hidup supaya sentiasa memberi makna hanyalah dengan sentiasa berfikiran positif. Kaedah terbaik adalah dengan mempunyai niat untuk sentiasa membantu orang lain. Jika kita seorang yang berpengaruh atau mempunyai kuasa, kita perlu sentiasa ingin membantu orang lain jika kita diminta memberi bantuan. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari masaalah mereka. Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa dimana-mana sahaja, pertama kali kita mesti mempunyai niat untuk membantu. Jangan sekali-kali berfikiran negatif dan tidak mahu membantu lansung. Jangan juga sekali-kali berfikiran kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan pemikiran ingin membantu mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba sedaya-upaya yang kadang-kadang kita telah mengetahui amat sukar untuk membantu. Kita perlu melupakan ini semua dan perlu membuat sesuatu untuk membantu juga. Biarlah kegagalan kita membantu bukan disebabkan oleh kita atau diluar kawalan kita. Biarkan sesiapa yang inginkan bantuan meninggalkan kita dengan senyuman walaupun gagal mendapat bantuan dari kita. Sikap ini sangat baik jauh dari sikap yang agak negatif dan tidak ingin membantu. Masyarakat dapat merasakan kita tidak berusaha untuk membantu dan jika kita adalah pemimpin ini akan mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap mempunyai pemikiran untuk sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun.

Kepada pelajar juga sikap positif amat penting. Sikap positif akan mengambarkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam pemikiran pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam proses pembalajaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.

Sikap yang baik dalam proses pembelajaran bermula dari minat untuk belajar. Minat dengan mata pelajaran, kegiatan pembelajaran, kegiatan luar persekolahan, mempunyai hobi yang amat baik dan minat dengan guru-guru yang mengajar. Setiap pelajar perlu belajar meminati guru-guru yang mengajar apa juga mata pelajaran. Sikap membenci guru perlu dibuang jauh-jauh. Sikap menyukai murid juga sangat penting kepada guru-guru. Latihan yang telah diterima sebagai guru adalah latihan untuk kita menyukai anak didik kita. Guru-guru jangan sekali-kali membenci murid-murid dalam apa keadaan sekali pun. Sikap menyukai mereka yang pandai dan anak orang berada sahaja adalah sikap yang tidak baik. Guru juga jangan sekali-kali membenci pelajar yang kurang pandai dan anak-anak orang yang tidak berada. Kita tidak boleh meramal masa depan sesaorang murid dari pencapaian semasa kecil atau semasa alam persekolahan sahaja. Kata perpatah mengatakan “yang akhir nanti akan diperkatakan orang”. Kejayaan pelajar sekolah memerlukan perjalanan yang panjang. Mereka kadang-kadang kurang menyerlah semasa kecil tetapi akan berubah apabila mereka meningkat dewasa. Biarlah guru-guru melayani setiap murid sama rata agar mereka dapat belajar dalam keadaan kegembiraan. Berbagai kerenah anak murid perlu dilayan dengan baik jika kita mengharapkan setiap mereka mendapat kejayaan pada masa hadapan.

Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam ketenangan.

Sikap positif juga amat perlu dalam kehidupan. Kita perlu memandang apa yang telah diberikan oleh kerajaan sesuatu yang amat baik untuk kita dan sangat memberi menfaat kepada rakyat. Kehidupan yang  kita miliki  jauh lebih baik dari rakyat negara lain. Negara kita hampir tidak ada pengganguran dari segi pekerjaan (pekerjaan mencari kita). Kita boleh memilih apa sahaja jenis pekerjaan dan sangat bergantung apa yang kita cari (kepuasan hati atau pendapatan). Ini jauh lebih baik dari beberapa rakyat negara jiran yang terpaksa berkorban nyawa untuk mencari pekerjaan. Ada sebilangan yang terpaksa merentas lautan hanya untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini. Lihat sahaja sampah yang dibuang oleh rakyat negara ini. Menurut kajian dari Universiti Putra Malaysia, 40% dari sampah yang dibuang dinegara ini adalah sampah yang boleh dimakan seperti rojak, roti, nasi lemak, nasi, mee goreng dan apa sahaja makanan yang tidak habis. Makanan ini sepatutnya boleh dimakan lagi tetapi telah dibuang sebagai sampah. Berapa mewahnya rakyat negara ini?.

Sikap mengatakan orang lain sahaja yang mempunyai sesuatu yang lebih baik dari kita perlu ditiadakan atau ditinggalkan. Kita tidak boleh setiap kali mengatakan “the other side greener than us” (orang lain selalu lebih baik dari kita). Kita sebenarnya “”greener than the other side”. Kita juga tidak boleh mengatakan kemudahan orang lain lebih baik malahan apa yang kita miliki lebih baik dari orang lain. Negara ini ada segala-galanya dengan rakyat berbilang kaum, ekonomi berkembang baik, banyak pelancung yang datang untuk menikmati keindahan tempat kita, makanan tempatan yang amat disukai, kadar jenayah yang rendah, cuaca yang menarik dan mala petaka besar hampir tidak berlaku. Ini menunjukan negara ini sangat indah dan selamat untuk diduduki dengan kemudahan kesihatan yang baik serta mempunyai pakar kesihatan bertaraf dunia. Ini akan dapat terus dinikmati jika setiap rakyat negara ini berfikiran positif dan memelihara keamanan yang ada. Keadaan hidup yang harmoni yang kadang-kadang ada sedikit gangguan untuk kes terpencil yang perlu segera diselesaikan dan dimaafkan. Ada juga merungut tentang sedikit kenaikan harga barang. Ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Mana ada negara dalam dunia harga barangan turun?. Kita mahu gaji naik sudah tentu harga barang naik kerana perkhidmatan yang disediakan memerlukan tenaga kerja yang juga memerlukan makanan untuk hidup. Sudah tentu sara hidup akan naik dan mengakibatkan semua menjadi mahal. Zaman “sedap, banyak, besar, bersih dan murah” sudah berkahir. Jika kita ingin makanan yang “sedap, banyak, bersih, besar” sudah tentu mahal harganya. Apa yang paling penting semua barangan yang kita perlukan mudah dimiliki dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli.

Berfikiran positif perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan “”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Telah terbukti mereka yang berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa mempositifkan perkata negatif. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh dan permikiran positif ditimbulkan malahan diapongkan supaya terserlah. Kejayaan negara sangat bergantung kepada modal insan dan  pemikiran positif rakyatnya.

SIBUK....SIBUK....SIBUK



Sudah menjadi ucapan biasa setiap orang yang bekerja akan menyatakan mereka sibuk jika sesuatu kerja tidak dapat disiapkan, lama tidak berjumpa atau temu janji yang tidak dipenuhi.Perkataan sibuk juiga digunakan untuk tidak mahu melakukan sesuatu tugas.Ini merupakan satu helah untuk mendapat tugasan baru dan cuba mengelak untuk melakukan sesuatu yang diuruskan. Sibuk membawa makana banyak yang dilakukan atau diuruskan, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin mengerjakan sesuatu atau membawa makna hibuk. Sibuk juga bermakna banyak kenderaan lalu-lalang berkenaan jalan raya, banyak kapal terbang atau kapal yang keluar masuk seperti mendarat atau berlepas berkenaan pelabuhan dan lapangan terbang.Sibuk juga bermakna suka mengambil tahu seperti mencampuri atau mengangu hal atau urusan orang lain.Bersibuk bermakna sedang sibuk atau asyik mengerjakan sesuatu.Memyibukan bermakna menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukan atau bersibuk.Kesibukan ialah perihal (keadaan) sibuk, perihal menghadapi atau dibebani banyak kerja atau urusan, perihal keadaan sibuk dengan kenderaan, kesesakan atau keributan.Penyibuk ialah orang yang mengambil tahu hal orang lain.Sibuk juga membawa makan menyibuk mengintai atau mengintip.

Sibuk bekerja sudah tentu menjadi kemestian.Setiap dari kita perlu menyibukan diri jika ingin berjaya dalam kehidupan.Kalau dahulu kita kerap dinasihatkan oleh ibubapa supaya mencari pekerjaan yang tidak sibuk atau relax dari perkataan Inggeris.Selalunya kerap dinasihatkan satu ketika dahulu menjadi cikgu sahaja, kerja pun separuh hari dan sudah tentu mengajar itu sesuatu yang relax dan kehidupan juga tidak kelihatan sibuk.Sekarang ini jawatan guru tidak lagi relax menurut mereka yang menjawat jawatan itu.Kalau ditanya setiap cikgu pasti akan menyatakan kerja mereka sangat sibuk.Sama juga seperti jawatan lain kerap kali perkataan sibuk berada dibuah mulut mereka.Semua orang mengaku sangat sibuk lebih-lebih lagi kalau ada tugasan atau program terdekat semua orang akan menyatakan  mereka sangat sibuk.Mudah sahaja kalau kita tidak sibuk sudah tentu kita tidak diambil bekerja.Kalau tidak sibuk pasti kita akan dibuang kerja.Untuk itu setiap dari pekerja perlu menyibukan diri jika ingin terus bekerja atau berjaya bdalam kehidupan.Paling mudah jika ingin hidup senang perlu menyibukan diri.Orang yang sibuk adalah orang yang lebih bermotivasi.

Berjaya dalam sesuatu profesion adalah bergantung kepada diri sendiri.Orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya menempatkan dirinya dipisisi yang betuk dan tepat dan kerap masyarakat atau kawan-kawan menyedari keberadaan mereka ditempat iti.Mereka ini suka mencari kerja dan tidak mahu kelihatan sebagai sesaorang yang suka relax dan mencari peluang untuk ponteng.Kata yang baling mudah adalah menyibukan diri dengan menyiakan segala tugasan dan memberi idea baru yang lebih kreatif dan melakukianya untuk manfaat jabatan, masyarakat, negeri dan negara.Ada yang tidak mahu memberi idea keraja takut mereka akan ditugas melaksankan.Ini adalah sikap yang tidak baik.Masaalahnya sekarang ramai yang menyatakan mereka sibuk tetapi banyak yang buat-buat sibuk.Kalau ada ramai pekerja yang berbuat demikan sudah tentu tidak memberi manfaat kepada organisasi.

Pelajar juga perlu dinasihatakn supaya sentiasa mencari kerja dengan menyibukan diri.Banyak pelajar yang mengaku tidak sibuk dan bersantai diwaktu malam.Ibuibapa juga sangat suka kalau anak-anak yang belajar di koloej atau universiti balik kampong setiap hujung minggu.Anak-anak juga memberi alasan mkereka tidak ada apa yang hendak dilakukan.Paling baik balik sahaja kampong dan inilah yang bsangtat disukai oleh ibubapa.Tidak tahu entah kenapa ibubapa suka sangat anak-anak balik kerumah pada hujung minggu.Ibuibapa juga suka loihat anak-anak yang belajar diuniversiti beada dirumah.Kalau boleh menbreka ingin melihat anak-anak mereka mendapat ijazah tanpa belajar dan duduk sahaja dirumah setiap hari dan cukup 4 tahun anak-anak akan mendapat ijazah.Ini adalah sukap yang menhairanka.Mungkin ibubapa hendak menunjukan kasih saya nkepada anak-anak tetapi mungkin ada sedikit yang tidak kena kalau dilihat dari nsatu segi yang lai.Walaupun begitu ini terpulang kepada ibubapa sendiri.Ada juga yang merungut banyak anak-anak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang.Ibubapa pun berpuas hati dengan kelulusan tersebut.Apa tidaknya anak-annak ini tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak berusaha untuk menambah pengetahuan semasa belajar.Mereka hanya balajar dari nota kuliah sahaja tanpa merujuk kepada buku-buka tambahan.Mewreka ini asyik balik kampong sahaja setiap hujung moinggu dan tidak ada masa untuk merujuk buku-buku btambahan.Ibubapa berbangga anak-anak balik kampong kerana bolehg tunjuk kepada jiran-jiran atau masyarakat terdekat anak-anak mereka masuk universiti. Hujung minggu ada bersama mereka.Itu agaknya dalam pemikiran mereka.

Merujuk buku tambahan adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Memasuki universiti bukan hanya untuk mendapat sijil tetapi untuk mendapat pengetahuan.Belajar adalah untuk mendapat pengetahuan yang boloeh digunaka untuk bekerja.Setiap yang keluar dari universiti atau kolej perlu tahu membuat kerja dan berpengetahuan.Kita toidak mahu majikan merungut banyak lulusan universiti yang tidak tahu bekerja .Mereka ini mempunyai kelulusan dari segi sijil tetapi tidak mempunyai pengetahuan.Waktu nyang terlapang di universiti perlu digunakan untuk menambah pengetahuan dan mendapat pengetahuan tambahan.Sememangnya darei segi jadual waktu kul;iah mungin 4 jam sahari atau 8 jam seminggu tetapi waktu lapang bukan digunakan nuntuk rehat dan duduk temenung atau balik kampong tetapi digunakan untuk mendapat pengetahuan dan bersedia untuk kuliah atau tugasan yang akan datang.Ini hanya dapat dicapai dengan menjadikan diri kita sibuk atau menyibukan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Amat malang jika kita mendengar ketua jabatan yang asyik sibuk hingga tidak dapat melayan rakyat yang memerlukan.Banyak juga ketua jabatan nyang melayan orang tertentu sahaja terutama orang besar-besar tanpa menghiraukan mayrakat bawahan yang memerlukan perkhgidmatan bereka.Setiap ketua jabatan yang sudah amat sibuk mesti terus menyibukan diri dengan meluangkan nmasa dengan rakyat bawahan atau elanggan kita yang sebenrnya.Kalau menrima panggilan talipon dari rakyat perlu dilayanh atau dibalas.Ini kerana talipon juga dibeli dengan duit rakyat dan bil talipon juga dibayar dengan duit rakyat kalau dikira faktor sebenarnya.Mengapa layana perkhidmatan diberikan kepada orang tertentu yang sudah tentu berpengaruh.Gunakan masa terluang dengan melihat sasaran keja jabatan, bercampur dwengan masyarakat, layan sms atau hubungi semula jika ada 'missed' call'.Rakyat jelata banyak merungut banyak ketua jabatan yang sudah tentu amat sibuk tidak mahu melayan panggilan talip[on mereka.Banyak juga yang tidak membalas sms dan sudah tentu banyak yang tidak menghubungi semula setiap panggilan dari rakyat yang bdianggap tidak penting.Malang sekali nasib rakyat yang menemui banyak ketua jabatan yang tidak menlayan setiap permohonan dari pelanggan mereka.Semua orang tahu banyak ketua jabatan yang amat sibuk.Sudsah tentu perkataan sibvik tidak pernah tidak disebut dari mulut mereka.Ketua jabatan perlu faham mereka berada disitu adalah untuk membantu rakyat.Ketua jabatan perlu lebih menyibukan diri demi membantu rakyat.Setiap ketua jabatan perlu sentiasa sibuk....sibuk....sibuk demi rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...